Pages

Wednesday, March 17, 2010

...gAsTriK...

bagi anda yang mempunyai masalah kembung perut dan gastrik, anda digalakkan untuk mengambil makanan yang sedikit tetapi kerap. pastikan pula anda mengambil makanan setiap 3 ke 4 jam bagi mengelakkan perut anda kosong dalam jangka masa yang lama. pengambilan minuman  bersusu juga dapat meneutralkan asid di dalam perut dan memberikan anda yang selesa. haaa... ade 1 lagi yang ramai dah tahu tetapi buat-buat tak tahu atau lupa nak amalkan. selalu time bulan ramadhan sahaja perkara ini di lakukan dengan bersungguh-sungguh orang masyarakat Islam tetapi selepas ramadhan ramai yang kurang mengambil berat dan mengamalkannya.

tak lain tak bukan berpuasa. berpuasa banyak sungguh khasiat atau kelebihannya. bukan sahaja ia boleh mengubati pelbagai penyakit seperti gastrik ini tetapi bahkan banyak lagi penyakit-penyakit lain yang boleh diubati dengan berpuasa. antaranya ialah kegemukan. bagi mereka yang merasa perut semakin ke depan amat-amatlah di tuntut bagi mengempiskan perut tu. selain berpuasa membantu sistem dalaman berfungsi dengan lebih baik. tetapi harus di ingat ketika berbuka  puasa janganlah bantai 3 pinggan nasi penuh dengan lauk-pauk dan minuman yang berzat dan sedap di mata. makanlah sekadar perlu untuk mengalas perut dan dilakukan secara konsisten. insyaAllah masalah kegemukan itu dapat di atasi.

seterusnya bagi mereka yang mengalami masalah gastrik ini dinasihatkan agar dapat mengelakkan:

  1. makan makanan yang terlalu pedas dan berminyak. ini juga mengundang buasir dan kegemukan.
  2. memakan makanan kekacang dan berubi bagi individu yang perutnya sensitif.
  3. elakkan juga dari pengambilan minuman  berkafeina seperti kopi dan teh serta minuman berkarbonat.
  4. untuk masalah migrain anda dinasihatkan untuk mengelak dari berada dalam suasana panas yang terlalu lama dan pastikan anda mendapat tidur dan rehat yang secukupnya. berjumpalah dengan doktor bagi mendapatkan ubat-ubatan yang bersesuain.
sekian. terima kasih.
wasssalam.

~ ruhen b. abdurachman | nazira bt. ismail ~ 

0 comments:

...mAsA iTU eMAs...

...mULakAN dENgaN biSMiLLAH...

...uMUr MakIN mENingkAT...

About Me

My Photo
u-ErN
~ seelok-elok manusia ialah yang KAYA harta dan KAYA budi pekerti ditambah dengan keIMANan dan keTAQWAan kepada-NYA

~ redhamu yang daku damba di hati ini... kasih sayangmu yang daku impi... syurgamu yang daku nanti-nanti..
View my complete profile

...ruHeN | naZirA...

...ruHeN | naZirA...
...pErkAHwinANku...

...rUaNgaN cHAt...

...pELaWAt...