Pages

Showing posts with label ...kEHidUpAN.... Show all posts
Showing posts with label ...kEHidUpAN.... Show all posts
Wednesday, December 8, 2010

...rEMaJa MaSJid kENaLi MuSUH kiTA - iBLiS...

Kekadang tu kan kita kena ambil tahu juga siapa musuh kita y nyata & tk nmpk dek mata.
Di sini ade sedikit perkongsian y menarik & blh digunapakai utk kehidupan y m'dtg..


Berikut merupakan maklumat tentang musuh kita IBLIS yang dilaknat Allah

LATAR BELAKANG
Nama penuh               : Iblis la'natullah     
Tarikh kelahiran        : sejak enggan sujud kepada Adam
Status diri                   : Fasiq kelas pertama
Agama                        : Kufur
Tempat tinggal           : Hati orang yang lalai
Daerah                       : Semua yang didalamnya yang tiada usaha mengingati Allah
Arah perjalanan         : Bengkang bengkok
Tempat tinggal           : Neraka jahanam
tetap
Isteri di dunia             : Setiap wanita yang tidak menutup aurat
Kaum kerabat            : Semua golongan Tirani

STATUS PERNIAGAAN
Modal pusingan         : Angan-angan kosong
Tempat pertemuan     : Pasar
Musuh/saingan           : Setiap orang islam
Dalil/hujah                 : Fatamorgana (maya)
Mota kerja                : Hipokrit Asas Akhlak
Uniform kerja            : Segala warna seperti sesumpah. Setiap tempat ada warnanya
Kesukaannya            : Orang yang lalai mengingati Allah
Yang melemahkannya : Istighfar
Lambang korporat    : Sebarang tatu
Pejabat/bilik operasi : Tandas atau bilik air
Sifatnya                     : Muzabzah (menurut keperluan)
Rakan kongsi            : Golongan munafik
Sumber rezeki           : Harta haram
Jenis perkhidmatan : Menggalakkan kemungkaran
Hala perjalanan       : Jalan ke Neraka
Laba perniagaan     : Habaun Manthura (masuk angina keluar asap)
Teman sejawat       : Orang yang berdiam diri tidak mengatakan kebenaran
Jenis tunggangan   : Pembohongan
Ganjaran                : Dosa dan segala jenisnya
Kaedah komunikasi : Mengumpat, mengadu domba, dan mengintip

HAL-HAL LAIN YANG BERKAITAN
Makanan yang disukai  : Daging orang mati (Ghibah)
Yang ditakuti                : Mukmin yang bertakwa
Yang dibenci                 : Orang yang sentiasa mengingati Allah
Daya tahan                    : Sesungguhnya tipu daya syaitan sangatlah lemah
Perangkapnya               : Wanita
Kegemarannya              : Menggoda dan menyesatkan
Cita-citanya                   : Supaya semua orang kafir
Kerja paling disukai      : Homoseks dan lesbian
Kod isyarat pertuturan  : Aku
untuk pengikutnya   
Para penghibur               : Seniman dan seniwati
Janji-janjinya                  : Menjanjikan kekafiran

Petikan dan susun suai diambil daripada Kitab Al-Waqayah Min Al-Jin Wa Al-Syaitan


Sekian untuk perkongsian ini.
Terima kasih.
Wassalam..


~ ruhen b. abdurachman | nazira bt. ismail ~

Tuesday, December 7, 2010

...do'A AkHir & AwAL tAHuN...

Bertemu kembali & terima kasih kepada semua pelawat setia blog ruhenabdurachman.blogspot.com

Alhamdulillah...
Syukur kpd Allah S.W.T. kerana pd hari ini kita diberi peluang utk terus menghirup udara y percuma pemberian-NYA. Tup2... dh masuk thn baru hijrah 1432 (awal Muharam) bersamaan 7 Disember 2010 Hari Selasa... sungguh cpt masa berlalu.. tdk disangka2. Kepada semua kengkawan y telah melaksanakan bacaan do'a akhir & awal thn aku ucapkan syabas & tahniah.

Kebetulan juga  aku balik krja awal ttp wife aku plak balik lewat. Pada awalnya jam 10 mlm (O.T). aku segan nak balik rumah jd aku merancang utk solat asar, maghrib & isyak di Masjid Zahir, Alor Setar. Alhamdulillah niat suci aku termakbul. Sungguh aman & damai keadaan di Masjid tersebut kerana DYMM Sultan & Sultanah pn turun sm m'baca yassin & do'a akhir & awal thn. Setelah siap bacaan do'a & yassin tersebut ade plak jamuan mkn. Aku terus berangkat ke pejabat aku semula sambil menunggu wife aku balik.

Nk dijadikan cerita, handfone aku tinggal dlm keta. Aku lupa nk bawa keluar. Ape lg aku bw keluar laptop aku updatelh patches dlm laptop aku smbl layari facebook, tgk email gmail & yahoo. Tgk jam awal lg baru pukul 9.15mlm. Ntah tetiba hati tergerak utk mengambil handfone. Tb2.... (cemas ni) aku dikejutkn dgn 47 missed call & 3 msj dr wife aku. Msj t'akhir t'tulis die balik awal jam 8 mlm baru sebentar td. Aku pnyalh kalut terus drive keta laju2 sbb jam kt dashboard pn dh dkt pkl 10.30 mlm. Aku pnyalh risau..... Mmg risau sgt2. Kesian kt wife aku.

Alhamdulillah smpi je rumah aku tgk wife aku pn dh tidur. Penat barangkali. Takperlh.. Aku pn tk nk kacau.. Esok plak die nk kena krja.. Aku cuti 1 Muharam die plak kena krja.. Nasib bdn.. Kebetulan plak hari ni ade 2 kenduri y aku kena p. 1 kenduri kahwin & 1 lg kenduri sunnat anak staff tmpt aku krja ni. La aku dok kt surau tmpt aku krja smbl buka laptop update blog. Lm jgk dh tk menulis dlm blog aku ni.

Akhir kalam... Selamat Tahun Baru Hijrah 1432...
Semoga terus b'amal krn Allah S.W.T...
Tiada y lbh b'makna dlm diri ini selain m'berikan 1 hadiah y tdk t'hingga pd diri sndri. Ape die tu???
Haaaa... Tnyalh dirimu sndiri.. Aku dh ade jwpnnyer..

Sekian. Terima kasih.
Wassalam..

~ ruhen b. abdurachman | nazira bt. ismail ~
Tuesday, November 16, 2010

...LaFAz NikAH...

aku sering ditanya mengenai perkara ini. ini aku berkongsi sedikit bagaimana pengalaman aku dlu ketika sedang membuat persiapan ke masjid untuk akad nikah. tapi sblm itu aku ceritakan sedikit pengalaman aku sblm, ketika dan slps akad nikah.

sblm akad nikah
aku menikah dgn gadis pilihan hatiku dari negeri kedah darul aman. aku ke sana dengan menaiki sebuah bas, kemudian dipertengahan jalan bas mengalami mslh tayar kempis. pam punya pam di stesen petronas r & r rawang pn masih tak blh jgk. angin tak nak masuk. sbr jerlh....

last2, aku bt second plan?? ape dier...???aku diminta untuk menaiki keta MYVI bersama-sama dengan abg & kakak sepupu aku. lain plak ceritanya. smpi je gurun salah jln plak?? aku terawal cikit masuk tol gurun. abg sepupu & kakak sepupu aku pnyerlh behrang!! angin je dlm keta..... aku pn tnya mak cik jual goreng pisang mcm mn nk p alor setar... die pun jwb...kena keluar balik ikut tol alor setar (S). masa tu dah nak masuk waktu asar. akad nikah slps asar. bakal pengantin perempuan (bkl isteri) dok marah2. call aku tak sanggah2. pening jgklh time tu.. tp kena sbr byk...... dlm hati bergelora.

alhamdulillah sampai di rumah bakal pengantin perempuan tepat pkl 5.15ptg..... aku p mandi sat.. pale time tu pening sgt2.. tk tahulh nape..


ketika akad nikah
y ni lain plak citernya... aku pnyalh kalut. smpi je di masjid.. adk ipar aku tnya.. IC bw tk abg?? duit hantaran bw tk?? alamak aku dh 'blur' time tu. kemudian masuk dlm msjd jmpa tok imam. tok imam tnya plak.. IC dan duit hantaran mn?? aku jwblh IC t'tggl di rmh bakal isteri.... duit hantaran plak t'tggl kt bas.. bas plak rosak dipertengahn jln. tk blh bt ape2.. tok imam pn proceed jgk.. dia fhm kot kita dri jauh. msti ade y tk kena. y ambl akad aku ialah abg kpd pengantin perempuan.

ini soalan2 y tok imam tnya sblm akad nikah:
1. tok imam srh b'istighfar..
2. kemudian baca plak selawat..
3. nak test lg bc plak al-fatihah... time ni baca btl2 m'hayati..
4. last sekali mengucap dgn maknanya sekali..

ini penting lafaz nikah:
ada 2 pilihan utama. disini aku nyatakan sekali kedua-duanya. di kedah kedua-duanya ini diterima pakai (peringatan utk daerah alor janggus, kg kubang jawi mukim kota setar sahaja!!).
1. "Aku terima nikah      (nama bakal isteri)       dgn maskahwinnya RM xxx.00 ringgit TUNAI!!"

atau

2. "Aku terima nikah        (nama bakal isteri)      dgn maskahwin y tertera."


selepas akad nikah
sempoi tp itulh y diterima tok imam kami disini. tp sblm itu tok imam minta kami baca dahulu lafaz ni di depan semua sblm melafazkannya di dpn wali dan saksi-saksi. sggh indah pengalaman ini. akan aku abadikan di dlm memori hidup aku.

21hb November 2010 adalah tarikh bersejarah di dlm hidup aku... kini tggl bape hari lg aku akan menyambut ulang tahun perkahwinan kami y pertama... kpd isteriku y tercinta.. abg sayangkan syg.. wlupn ssh, sng, sedih, gembira dll kita tetap bersama.


sekian. terima kasih.


wassalam.


~ ruhen b. abdurachman | nazira bt. ismail ~
Friday, March 26, 2010

...mENgaNtOk...

semalam kena tahan dengan bos suruh aku teman kawan 1 opis dengan aku ni buat registration fingerprint. pukul 10 lbh jugak aku kena balik. balik rumah je orang rumah plak call ade benda yang nk dicakap. nk p jumpa tok bidan. nk p mengurut plak. cerita punya cerita tak sedar jam kat dinding bilik aku tu dh pukul 12.30 tengahmlm hmpr pukul 1 pagi. mengantuk memang dah tak tahan lagi tapi sayang pada bini teman jugak sembang.

alhamdulillah pagi ni aku terkejut awal 30 minit dari biasa iaitu pukul 5.00 pagi aku dh terjaga. terus sahur. siap sahur g mandi. berendam dengan air yang banyak sebab nak ilangkan mengantuk. tak ilang-ilang jugak. last2 tgk jam kat dinding tu dh pukul 5.50pg. aku terus ke surau perumahan aku solat subuh berjemaah. sempat sebelum solat aku gapai sebuah buku ilmiah "sinar rohani". aku buka halaman paling akhir di mana di situ ada tulisan jawi bertaju "GURU MEMBINA MASYARAKAT & NEGARA". punyalah syok membaca tiba-tiba waktu subuh dah masuk. dalam hati aku cakap mmmm mn bilal ni tak sampai lagi.

aku biarkan sahaja waktu berlalu seperti biasa. last2 bilal pun datang azan. aku tarik nafas lega...aku bkn tak nak azan tapi pagi2 tahu jerlah suara garau semacam jer. lagi2 pagi ni mengatuk lagi tak sengau suara aku. heheee... kemudian siap solat subuh aku balik rumah. dh mengantuk sangat2 ni & tk larat. aku lelapkan mata aku dlm pukul 6.55 pagi tadi. aku niat nk pergi opis awal tp mata mengantuk sangat2 aku niat nk lelap sat jer. tgk2 bila terjaga jam kat dinding bilik aku dh pukul 7.25 pagi. aku kelam-kabut terus bersiap p kerja. sampi je opis masih jugak mengatuk tp selepas tu ntah mcm mn aku buh bum kt kiri & kanan kepala aku, aku rasa lega cikit. kurang cikit rasa nak tidur tu...

sabar jerlah.... ujian hidup....

sekian. terima kasih.
wassalam.

~ ruhen b. abdurachman | nazira bt. ismail ~
Friday, March 12, 2010

...bEraT jika TidAk mENgALaH...

bunyi pun macam lain macam jer. memang betul. dalam membina rumahtangga yang bahagia sepasangan suami & isteri mestilah sentiasa ada sifat mengalah. tak kira apa jawatan anda di pejabat tetapi di dalam rumahtangga si lelaki sebagai suami atau ketua keluarga dan si isteri pula sebagai isteri atau penyeri rumahtangga. jangan kerana kesalahan yang kecil sepasang suami isteri itu bertengkar sampai tak tegur antara satu sama lain. bukan itu sebenarnya yang diajar oleh Rasulullah. 

saya juga tidak terkecuali dari bertengkar tetapi saya ambil pendekatan untuk mengalah. dari dipanjangkan perkara yang kecil itu lebih baik kalau kita sama-sama bermaaf-maafan. kan itu lebih baik & dituntut oleh Rasulullah. Berfikirlah secara terbuka demi kebahagiaan rumahtangga yang dibina sampai ke akhirat nanti. sampai bertemu kembali di syurganya nanti. aa..miiinnn....

~ ruhen b. abdurachman | nazira bt. ismail ~

Thursday, March 11, 2010

...bALik rMH mAk & aYAH...


kini aku bergelar suami. bertambahlah tangggungjawab aku selepas ini. baru saja berkhwn. rindu plak nak balik rumah mak & ayah aku. nak jd anak yang baik bukannya mudah. banyak pengorbanan perlu di lakukan. tanggungjawab anak-anak lelaki lagilah berat. selagi jasad di kandung badan selagi itulah tanggungjawab pada keluarga, mak & ayah tak putus sepeti air yang dicincang tak akan putus.

aku teringat lagi ketika aku kecik2 dulu. ibu bapa aku sentiasa memarahi aku atas sebab yang kadang2 itu bukan salahku tetapi bila diimbau kembali kenangan2 tersebut ada baiknya. segala kesalahan adik-beradik lain jugak satu tauladan untuk adik-beradik yang lain.

~ ruhen b. abdurachman | nazira bt. ismail ~

...mAsA iTU eMAs...

...mULakAN dENgaN biSMiLLAH...

...uMUr MakIN mENingkAT...

About Me

My Photo
u-ErN
~ seelok-elok manusia ialah yang KAYA harta dan KAYA budi pekerti ditambah dengan keIMANan dan keTAQWAan kepada-NYA

~ redhamu yang daku damba di hati ini... kasih sayangmu yang daku impi... syurgamu yang daku nanti-nanti..
View my complete profile

...ruHeN | naZirA...

...ruHeN | naZirA...
...pErkAHwinANku...

...LaBELs..

...rUaNgaN cHAt...

...pELaWAt...