Pages

Friday, March 26, 2010

...mENgaNtOk...

semalam kena tahan dengan bos suruh aku teman kawan 1 opis dengan aku ni buat registration fingerprint. pukul 10 lbh jugak aku kena balik. balik rumah je orang rumah plak call ade benda yang nk dicakap. nk p jumpa tok bidan. nk p mengurut plak. cerita punya cerita tak sedar jam kat dinding bilik aku tu dh pukul 12.30 tengahmlm hmpr pukul 1 pagi. mengantuk memang dah tak tahan lagi tapi sayang pada bini teman jugak sembang.

alhamdulillah pagi ni aku terkejut awal 30 minit dari biasa iaitu pukul 5.00 pagi aku dh terjaga. terus sahur. siap sahur g mandi. berendam dengan air yang banyak sebab nak ilangkan mengantuk. tak ilang-ilang jugak. last2 tgk jam kat dinding tu dh pukul 5.50pg. aku terus ke surau perumahan aku solat subuh berjemaah. sempat sebelum solat aku gapai sebuah buku ilmiah "sinar rohani". aku buka halaman paling akhir di mana di situ ada tulisan jawi bertaju "GURU MEMBINA MASYARAKAT & NEGARA". punyalah syok membaca tiba-tiba waktu subuh dah masuk. dalam hati aku cakap mmmm mn bilal ni tak sampai lagi.

aku biarkan sahaja waktu berlalu seperti biasa. last2 bilal pun datang azan. aku tarik nafas lega...aku bkn tak nak azan tapi pagi2 tahu jerlah suara garau semacam jer. lagi2 pagi ni mengatuk lagi tak sengau suara aku. heheee... kemudian siap solat subuh aku balik rumah. dh mengantuk sangat2 ni & tk larat. aku lelapkan mata aku dlm pukul 6.55 pagi tadi. aku niat nk pergi opis awal tp mata mengantuk sangat2 aku niat nk lelap sat jer. tgk2 bila terjaga jam kat dinding bilik aku dh pukul 7.25 pagi. aku kelam-kabut terus bersiap p kerja. sampi je opis masih jugak mengatuk tp selepas tu ntah mcm mn aku buh bum kt kiri & kanan kepala aku, aku rasa lega cikit. kurang cikit rasa nak tidur tu...

sabar jerlah.... ujian hidup....

sekian. terima kasih.
wassalam.

~ ruhen b. abdurachman | nazira bt. ismail ~
Friday, March 19, 2010

...jOggiNG...

as salam semua....


ingat esok nk p jogging kt tmn tasik bandar permaisuri. dh seminggu tk p jogging. terasa rindu sgt-sgt nk p jogging. tp kali ni aku tk p seorg-seorg jer. aku ajak kwn-kwn 1 opis dgn aku sekali p. selalunya kami p bertiga. kali ni aku nk ajak bg rmi ckt. maybe kali ni p lbh dari 3 org. plan dh ajak dkt 5 org tetapi yg dh confirm baru 3 org (org yg biasa p). yg baru ni tk tahu lg mcm mn.


klu ikutkn selalunya aku tiap-tiap sabtu pg (dlm pkl 7.30 atau 8pg) aku akan p jogging kt area tmn brdktn rmh aku. bandar tun hussein onn tp kali ni kwn aku ajak p tmpt yg biasa kami p iaitu kt tmn tasik bandar permaisuri. bg aku mn-mn pn ok. tmpt sometime tu kite kena gak cari tmpt & environment baru utk saling kenal mengenali. klu ade yg terserempak dgn aku hrp-hrp tegur & berilh salam yer. insyaAllah aku akn jwb & dlm masa yg sm  blh saling berkenaln utk mengeratkn silaturrahim sesama umat & sbg hamba Allah.


kesihatan jg aset penting bg seorg tu. klu tk sht mcm mn nk bt semua krja kt dunia ni. klu sht semua krja blh dilakukan tp dgn izin-Nya jg. Nabi suka akan umat yg sht & cergas. jd marilh kite sm-sm menjg kshtn kite ye. jgn mls-mls nk p jogging. jgn nnti muda-muda dh skt sn sini. la ni rmi sgt-sgt muda byk penyakit sbb tk jg kshtn. jgnlh jd mcm tu sekali kengkwn. ok setakat tu jer kot. nnti aku tulis lain k.


sekian. terima kasih.
wassalam.


~ ruhen b. abdurachman | nazira bt. ismail ~

Thursday, March 18, 2010

...piNdaH tMpt...

hari ini boss suruh kami pindahkan PC dari unit payroll ke unit latihan & unit latihan ke unit payroll. mmg tdk disangka-sangka setelah kerja pindah-memindah di dpti ade 1 PC ni keyboard & mouse die hilang. aku pnya terkejut. td masa kerja-kerja mengangkat cukup semua peralatan. tetiba mase nk pasang balik PC-PC tersebut di dpti byk plak peralatan tkder. termsk kabel-kable (power male female). kawan aku seorang lagi tu dh hangin 1 bdn. mengamuk die tk tentu pasal. aku diam jer. bt jer kerja tu slow-slow. akhirnya siap jugak pasang semua PC unit payroll. selepas rht nnti kami nk cek semula pemasangan di unit payroll & dh settle cek nk pasang plak PC-PC di unit latihan.

kami berehat sebentar. aku pn dh penat. aku ingat nk p surau. hari ini ada kuliah zohor. bolehlah aku release tension sekejap sambil tambah ilmu agama. insyaAllah nnti sedikit sebanyak ilmu yg ustaz hasnol sampaikan saya akan kongsi bersama-sama pembaca setia blog teman. sebelum tu jom semua solat zohor berjemaah di masjid @ surau di tempat kerja masing-masing.

beramal kerana Allah kerana ingin mencari redha & rahmat-Nya. tiada Tuhan selain Allah & Nabi Muhammad S.A.W adalah Nabi & Rasul-Nya.

sedikit perkongsian kuliah zohor:
  1. ustaz kata jaga hati & niat. itu penting sbb niat nk bt jahat tp tk bt Allah tak suruh malaikat catit lg.
  2. tp bile dh bt jahat baru Allah suruh malaikat catit dlm buku amalan masing2.
  3. niat nk bt baik tp tk bt Allah bg ganjaran.
  4. niat nk bt baik pastu teruskn bt Allah lipat gandakan 10 kali smpi ke 1000 kali ganjaran. Maha Suci Allah.

sekian. terima kasih.
wassalam.

~ ruhen b. abdurachman | nazira bt. ismail ~ 

Wednesday, March 17, 2010

...gAsTriK...

bagi anda yang mempunyai masalah kembung perut dan gastrik, anda digalakkan untuk mengambil makanan yang sedikit tetapi kerap. pastikan pula anda mengambil makanan setiap 3 ke 4 jam bagi mengelakkan perut anda kosong dalam jangka masa yang lama. pengambilan minuman  bersusu juga dapat meneutralkan asid di dalam perut dan memberikan anda yang selesa. haaa... ade 1 lagi yang ramai dah tahu tetapi buat-buat tak tahu atau lupa nak amalkan. selalu time bulan ramadhan sahaja perkara ini di lakukan dengan bersungguh-sungguh orang masyarakat Islam tetapi selepas ramadhan ramai yang kurang mengambil berat dan mengamalkannya.

tak lain tak bukan berpuasa. berpuasa banyak sungguh khasiat atau kelebihannya. bukan sahaja ia boleh mengubati pelbagai penyakit seperti gastrik ini tetapi bahkan banyak lagi penyakit-penyakit lain yang boleh diubati dengan berpuasa. antaranya ialah kegemukan. bagi mereka yang merasa perut semakin ke depan amat-amatlah di tuntut bagi mengempiskan perut tu. selain berpuasa membantu sistem dalaman berfungsi dengan lebih baik. tetapi harus di ingat ketika berbuka  puasa janganlah bantai 3 pinggan nasi penuh dengan lauk-pauk dan minuman yang berzat dan sedap di mata. makanlah sekadar perlu untuk mengalas perut dan dilakukan secara konsisten. insyaAllah masalah kegemukan itu dapat di atasi.

seterusnya bagi mereka yang mengalami masalah gastrik ini dinasihatkan agar dapat mengelakkan:

  1. makan makanan yang terlalu pedas dan berminyak. ini juga mengundang buasir dan kegemukan.
  2. memakan makanan kekacang dan berubi bagi individu yang perutnya sensitif.
  3. elakkan juga dari pengambilan minuman  berkafeina seperti kopi dan teh serta minuman berkarbonat.
  4. untuk masalah migrain anda dinasihatkan untuk mengelak dari berada dalam suasana panas yang terlalu lama dan pastikan anda mendapat tidur dan rehat yang secukupnya. berjumpalah dengan doktor bagi mendapatkan ubat-ubatan yang bersesuain.
sekian. terima kasih.
wasssalam.

~ ruhen b. abdurachman | nazira bt. ismail ~ 

Tuesday, March 16, 2010

...orAL iNterViEW...

esok plak ade oral interview berkaitan kerja. tadi periksa bertulis. alhamdulillah dapat jawab dengan baik. walaupun ade beberapa soalan yang agak susah. soalan yang susah tu aku ikut rasa & bagi jawapan. kalau ikutkan penjaga periksa tadi die suruh jawab jer walaupun anda tak tahu jawapan. sebab-sebab kenaikan bergantung kepada 3 faktor:
  1. ujian bertulis
  2. oral interview (temuduga secara lisan)
  3. laporan prestasi
markah untuk kenaikan gred mestilah 75% dan ke atas. harap-haraplah dapat markah yang baik & seterusnya dinaikkan gred bulan ini juga. sekurang-kurangnya aku buat yang terbaik untuk diri & masa depan aku di dalam bidang pekerjaan aku sekarang. sebelum aku pergi lagi jauh selepas ini. siapa tahu?? jangan putus asa dan teruskan perjuangan sehingga berjaya. makan gaji makan gaji juga tapi aktifkan plan B itu lagi penting. kalau apa-apa berlaku pada plan A aku nak cari kerja baru lagi pening. ni pun sedang mencari kerja lain di alor setar, kedah. nak dapat potensinya agak tipis tapi aku tk akan putus asa untuk terus mencari sehingga dapat.

terima kasih.
wassalam.

~ ruhen b. abdurachman | nazira bt. ismail ~

...ExAM...

hari ini opis ade buat exam untuk kenaikan gred dari juruteknik 3 ke juruteknik 1. masyaAllah punyalah menggelabah ni. harap-haraplah dapat jawab semua 50 soalan yang diberi dengan baik. buku dah baca tapi soalan plak tidak merangkumi soalan umum. 15 soalan umum dan selebihnya soalan berkaitan kerja yang disandang sekarang (IT). mm... tengah gugup pn ade jugak ni. kalau ikutkan hati memang nak lulus dengan baiklah. inilah peluang untuk terus maju dalam pekerjaan sementara menunggu peluang yang satu lagi berkembang maju & terus maju.

exam start pukul 4 petang sampai pukul 5 petang hari ini 16 Mac 2010 (Selasa). semakin detik pukul 4 nak sampai semakin dup-dap dup-dap di hati ini. apalah yang akan ditanya agaknya??? bermacam-macam kini bermain-main di mindaku. janganlah buat takut kata hatiku kepada mindaku. rileks.. banyakkan selawat. mengucap serta istighfar. insyaAllah Allah permudahkan perjalanan exam ku hari ini & menjawab dengan baik sekali.

semua pembaca doakan aku ye..
terima kasih. 
wassalam.

~ ruhen b. abdurachman | nazira bt. ismail ~

Saturday, March 13, 2010

...biLA aL-QUr'AN bErsUAra...


Waktu engkau masih kanak-kanak.............kau laksana kawan sejatiku
Dengan wudu', aku kau sentuh dalam keadaan suci, aku kau pegang
Aku, kau junjung dan kau pelajari
Aku engkau baca dengan suara lirih atau pun keras setiap hari
Setelah selesai engkau menciumku mesra

Sekarang engkau telah dewasa..............
Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku...
Apakah aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah...?
Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu
Atau, menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji.......

Sekarang, aku tersimpan rapi sekali, sehingga engkau lupa di mana aku tersimpan
Aku sudah engkau anggap hanya sebagai pengisi setormu.
Kadang kala aku dijadikan mas kawin agar engkau dianggap bertaqwa
Atau aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan

Kini aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam kesendirian, kesepian.
Di dalam almari, di dalam laci, aku engkau pendamkan.

Dulu...pagi-pagi...surah-surah yang ada padaku engkau baca beberapa halaman.
Di waktu petang, aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu di surau.....

Sekarang...seawal pagi sambil minum kopi...engkau baca surat khabar dahulu
Waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia
Sedangkan aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Azzawajalla,
Engkau abaikan dan engkau lupakan...

Waktu berangkat kerja pun kadangkala engkau lupa baca pembuka surah2ku (Bismillah).
Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati muzik duniawi
Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat di dalam keretamu
Sepanjang perjalanan, radiomu selalu tertuju ke stesen radio kesukaanmu
Begitu mengasyikkan.

Di meja kerjamu tiada diriku untuk kau baca sebelum kau mulai kerja
Di komputermu pun kau putar muzik kegemaranmu
Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku.........
Email temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan
Malah untuk forward pun engkau rasa malas sekali
Engkau terlalu sibuk dengan urusan dunia mu
Benarlah dugaanku bahawa engkau kini sudah benar-benar hampir melupaiku

Bila malam tiba engkau tahan bersekang mata berjam-jam di depan TV
Menonton bermacam-macam program yang belum tentu mendapat pahala
Di depan komputer berjam-jam engkau betah duduk
Hanya sekadar membaca facebook dan chatting sahaja

Waktu pun cepat berlalu.........
Aku semakin kusam dalam almari mu
Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama

Seingatku, hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali
Itupun hanya beberapa lembar dariku
Dengan suara dan lafaz yang tidak semerdu dulu
Engkau pun kini terangkak-rangkak ketika membacaku
Atau waktu kematian saudara atau taulan mu

Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba
Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhan-Nya
Apakah TV, radio, hiburan atau komputer dapat menolongmu?
Yang pasti ayat-ayat Allah yang ada padaku dapat menolongmu
Itu janji Tuhanmu, Allah Maha Besar
Sekarang engkau begitu enteng membuang waktumu...
Setiap saat berlalu...
Dan akhirnya.....
Kubur yang setia menunggu mu...........

Engkau pasti kembali, kembali kepada Tuhanmu
Jika aku engkau baca selalu dan engkau hayati...
Di kuburmu nanti....
Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan
Yang akan membantu engkau membela diri
Dalam perjalanan ke alam akhirat

Dan akulah "Al-Quran", kitab sucimu
Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu.

Peganglah aku kembali.. .. bacalah aku kembali aku setiap hari
Karena ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suciYang berasal dari Allah Azzawajalla
Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah
Yang disampaikan oleh Jibrail melalui Rasulmu

Keluarkanlah segera aku dari almari, lacimu....
Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu.
Agar engkau senantiasa mengingati Tuhanmu.

Sentuhilah aku kembali...
Baca dan pelajari lagi aku....
Setiap datangnya pagi, petang dan malam hari walau secebis ayat
Seperti dahulu....
Waktu engkau masih kecil
Di surau kecil kampungmu yang damai

Jangan engkau biarkan aku sendiri....
Dalam bisu dan sepi....

****Sama-sama kita mengambil iktibar!!



~ ruhen b. abdurachman | nazira bt. ismail ~

...pErANg NaFSu 'vs' pANAs bArAN...


Ada satu kisah yang biasa kita dengar daripada ustaz dan guru berkenaan hebatnya Saidina Ali mengawal perasaannya. Dalam satu peperangan, ketika bertempur dengan seorang musuh, beliau punya kesempatan bagi menghapuskan riwayat musuh, tetapi tiba-tiba musuh meludah ke mukanya.

Ketika mengangkat pedang untuk menetak musuh itu, tiba-tiba beliau berhenti seketika. Lalu musuh bertanya: "Kenapa kamu tidak bunuh saja aku?" Beliau menjawab: "Aku tidak ingin membunuhmu kerana perasaan marahku. Marah kerana engkau meludah ke mukaku...berperang kerana agama adalah kebenaran, tetapi berperang kerana marah adalah kerana nafsu." Tazkirah kali ini bukan hendak bercerita soal perang di medan jihad, tetapi adalah perang nafsu melawan panas baran. Lihat bagaimana hebatnya Saidina Ali mengendalikan perasaan beliau, walaupun berada dalam keadaan genting, beliau dapat membezakan antara tuntutan agama dan nafsu amarah.

Kerana bimbang bertindak tidak mengikut tuntutan agama, beliau sempat memberhentikan kelajuan kilauan tetakan pedang berkenaan kerana memiliki ketajaman rohani rabbani. "Ya Allah pilihlah kami bersama generasi hebat ini. Inilah generasi yang syaitan berputus asa menghadapi mereka. Selayaknya mereka menjadi peneroka dan pembina kecemerlangan." Lain pula halnya pada zaman kita yang serba 'hot' dan 'baran' ini. Bertindak ikut nafsu amarah, orang lain fikir kemudian, yang penting diri aku. Inilah perangai orang panas baran. Orang panas baran ini asyik hendak orang lain menjaga perasaan mereka, tetapi mereka dia tidak pula menjaga perasaan orang lain. Tidak salah untuk merasa marah, tetapi biarlah kena pada tempatnya, bukan kerana perkara kecil dan remeh. Selagi boleh bersabar, kita perlu sabar. Lebih besar ganjarannya apabila kita bersabar.

Sebenarnya panas baran, kepala angin, naik hantu yang disebabkan kesukaran menangani perasaan marah boleh menyebabkan seseorang itu hilang perasaan malu. Mereka sanggup bertindak di luar batasan dan tidak mustahil boleh mencederakan orang lain. Perasaan marah yang tidak terkawal boleh memusnahkan apa saja dan merasa orang di sekeliling mereka semua salah. Ada saja yang tidak kena. Sifat ini ibarat bom masa yang akan meletup tanpa diduga, tempat dan mangsanya. Guru yang panas baran akan ditakuti dan digeruni anak muridnya. Malah, mereka akan takut untuk menegur guru itu walaupun membuat kesalahan ejaan pada papan hitam. Peniaga yang panas baran akan kehilangan pelanggan. Suami yang panas baran akan menyebabkan perceraian. Ini disebabkan isteri tidak tahan kerana selalu kena marah dan kena pukul. Sikit-sikit naik angin dan perkara ini sudah semakin banyak berlaku. Masalah di tempat kerja dibawa ke rumah. Isteri yang panas baran pun akan memecahkan kerukunan rumah tangga juga. Asyik hendak marah tidak tentu pasal, ada saja yang tidak kena pada suami dengan mengungkit dan membanding dengan rumah tangga orang lain.

Apabila marah tidak kira tempat; kadang-kadang di pasar raya, depan orang ramai, majlis kenduri kahwin, parahlah isteri macam ini. Mak dan ayah yang panas baran akan ditakuti anak maka tidak wujud kemanisan dalam berkeluarga.

Anak takut hendak meluahkan masalah dan kemudian merasa tertekan. Sikap marah dan panas baran adalah antara pintu syaitan datang masuk ke pintu hati manusia. Nabi Muhammad s.a.w pernah berpesan tiga langkah mengatasi perasaan marah dan panas baran. Pertama, mengawal lidah iaitu berdiam diri dan mengubah posisi (misalnya, jika berdiri hendaklah duduk), kedua, dan ketiga, mengambil wuduk dan beristighfar serta membaca al-Quran.

~ ruhen b. abdurachman | nazira bt. ismail ~

Friday, March 12, 2010

...pULut sAMbaL...

pagi tadi aku menerima mesej dari isteriku mengatakan die teringin sangat-sangat nk makan pulut panggang. sudah dicarinya di seluruh alor janggus, kdh tetapi habis. sedih juga ketika mendengar rintihannya tetapi apa kan daya kami duduk berjauhan. seorang di alor setar dan seorang lagi di kuala lumpur.

kalau makanan seperti pulut panggang di kl ni memang banyak sekali. kat mana-mana pun jual. ingatkan nak tolong belikan pastu pos laju bagi kat isteri. bile difikirkan semula macam tak bagus je idea itu sebab pulut panggang tadi pastinya akan basi. rugi plak.... jadi sekarang ni nak buat macam mana? aku tengah pening memikirkannya.

haaa.... tiba-tiba idea datang. aku suruh isteriku p makan makanan selain pulut panggang bagi menggantikan pulut panggang tersebut  untuk sementara waktu jer. esok pagi p lah beli kat alor janggus tu. insyaallah ada. siap pesan lagi kt isteri suruh p awal pagi dalam pukul 7.30pg macam tu sbb takut kehabisan. nnti ade plak orang yg kempunan. kesian isteriku.

~ ruhen b. abdurachman | nazira bt. ismail ~

...bEraT jika TidAk mENgALaH...

bunyi pun macam lain macam jer. memang betul. dalam membina rumahtangga yang bahagia sepasangan suami & isteri mestilah sentiasa ada sifat mengalah. tak kira apa jawatan anda di pejabat tetapi di dalam rumahtangga si lelaki sebagai suami atau ketua keluarga dan si isteri pula sebagai isteri atau penyeri rumahtangga. jangan kerana kesalahan yang kecil sepasang suami isteri itu bertengkar sampai tak tegur antara satu sama lain. bukan itu sebenarnya yang diajar oleh Rasulullah. 

saya juga tidak terkecuali dari bertengkar tetapi saya ambil pendekatan untuk mengalah. dari dipanjangkan perkara yang kecil itu lebih baik kalau kita sama-sama bermaaf-maafan. kan itu lebih baik & dituntut oleh Rasulullah. Berfikirlah secara terbuka demi kebahagiaan rumahtangga yang dibina sampai ke akhirat nanti. sampai bertemu kembali di syurganya nanti. aa..miiinnn....

~ ruhen b. abdurachman | nazira bt. ismail ~

Thursday, March 11, 2010

...bALik rMH mAk & aYAH...


kini aku bergelar suami. bertambahlah tangggungjawab aku selepas ini. baru saja berkhwn. rindu plak nak balik rumah mak & ayah aku. nak jd anak yang baik bukannya mudah. banyak pengorbanan perlu di lakukan. tanggungjawab anak-anak lelaki lagilah berat. selagi jasad di kandung badan selagi itulah tanggungjawab pada keluarga, mak & ayah tak putus sepeti air yang dicincang tak akan putus.

aku teringat lagi ketika aku kecik2 dulu. ibu bapa aku sentiasa memarahi aku atas sebab yang kadang2 itu bukan salahku tetapi bila diimbau kembali kenangan2 tersebut ada baiknya. segala kesalahan adik-beradik lain jugak satu tauladan untuk adik-beradik yang lain.

~ ruhen b. abdurachman | nazira bt. ismail ~

...mAsA iTU eMAs...

...mULakAN dENgaN biSMiLLAH...

...uMUr MakIN mENingkAT...

About Me

My Photo
u-ErN
~ seelok-elok manusia ialah yang KAYA harta dan KAYA budi pekerti ditambah dengan keIMANan dan keTAQWAan kepada-NYA

~ redhamu yang daku damba di hati ini... kasih sayangmu yang daku impi... syurgamu yang daku nanti-nanti..
View my complete profile

...ruHeN | naZirA...

...ruHeN | naZirA...
...pErkAHwinANku...

...rUaNgaN cHAt...

...pELaWAt...